fb fb fb fb fb

METMalaysia keluar amaran ribut petir di Selangor, Sabah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga pukul 9.00 pagi ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang dijangka terlibat adalah Selangor dan Sabah.

"Di Selangor, ia melibatkan Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

"Manakala di Sabah, membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)," menurut kenyataan METMalaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM