fb fb fb fb fb

Mesyuarat Ketua Jabatan Sabah tumpu isu pembangunan dan PRU DUN Sabah

Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah

LABUAN, 16 Jun- Buat pertama kalinya, Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah diadakan di Labuan, sebagai langkah memperkukuh hubungan antara agensi Persekutuan dan negeri serta merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.

Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2025 itu dipengerusikan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa.

Ia disertai lebih 106 Jabatan Persekutuan dan 47 Badan Berkanun Persekutuan, Negeri Sabah.

Mesyuarat anjuran Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu antara lain membincangkan hala tuju negeri Sabah termasuk aspek pendidikan, kesihatan, penjanaan ekonomi, pengangkutan dan perpaduan masyarakat.

Turut diberi perhatian ialah perancangan rapi menjelang Pilihan Raya Umum DUN Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE