
PUTRAJAYA, 17 Mac – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka mengadakan beberapa perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
- Menteri MITI dijangka meneruskan perbincangan dengan AS mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
- Datuk Fahmi memaklumkan perkara itu dalam taklimat ringkas Jemaah Menteri; tiada maklumat tambahan setakat ini.
- Perbincangan rasmi dijangka selepas Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar tarif, menjadikan ART Oktober lalu tidak lagi terpakai.
Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan beliau sendiri ketika memberi taklimat ringkas dalam mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
“Jemaah Menteri diberi sedikit taklimat ringkas oleh Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan difahamkan bahawa beliau akan meneruskan beberapa perbincangan dengan pihak Washington DC.
“Setakat ini, belum ada maklumat tambahan mengenainya dibincangkan,” katanya lagi.
Datuk Fahmi yang juga Menteri Komunikasi demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini.
Terdahulu, Mahkamah Agung AS mengumumkan pembatalan sebahagian besar tarif global yang dikenakan Presiden Donald Trump.
Malaysia menerusi MITI dijangka akan mengadakan perbincangan rasmi dengan AS berikutan ART yang dimeterai antara kedua negara Oktober lalu tidak lagi terpakai.