fb fb fb fb fb

Menjelang Krismas: Berwaspada, cuaca tidak menentu kata MP Lawas

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong

LAWAS, 13 Disember – Penganut agama Kristian khususnya di Lawas, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada semasa menyambut perayaan Krismas tahun ini berikutan cuaca hujan dan keadaan yang tidak menentu.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, menyeru penduduk supaya sentiasa peka terhadap situasi semasa, bersedia menghadapi kemungkinan banjir, dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke pelbagai tempat sepanjang perayaan.

"Kita berharap perayaan ini dapat berlangsung dengan baik tanpa masalah walaupun dalam musim hujan. Kita menyeru kepada semua untuk berjaga-jaga sewaktu berjalan ke sana sini," katanya ketika ditemui di Majlis Pra-Natal dan Tahun Baru 2025 di Stadium Tertutup Lawas.

Katanya, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, beliau menegaskan pentingnya menjaga keharmonian dan menyuburkan perpaduan.

Oleh itu beliau menyeru masyarakat di daerah ini memanfaatkan sambutan Krismas untuk mengukuhkan hubungan baik antara kaum dan agama.

GRACE AISYAH KEDAYAN