fb fb fb fb fb

Mendiang Mutang selamat dikebumikan

Mendiang Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial kira-kira pukul 3 petang tadi..

MIRI, 13 Mei- Jasad Yang di-Pertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial kira-kira pukul 3petang tadi.

Upacara pengebumian dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang awam.

Turut hadir pada upacara pengembumian, Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudov, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala serta isterinya Datin Esther Balan.

Terdahulu, jasad telah dibawa dari Gereja BEM, Jalan Airport Miri ke Gereja BEM Canada Hill di sini pada pukul 10.30 pagi tadi bagi upacara sembahyang.

Jasad mendiang kemudian dibawa ke tanah perkuburan Fairy Park Miri Memorial diiringi isterinya, Datin Ho May Leng dan ketiga-tiga anaknya iaitu Rining Tagal, Saran Tagal dan Bian Tagal, bapa mendiang Tagal Paran serta ahli keluarga yang lain.

Mutang Tagal, 70, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, Jumaat lalu selepas dilaporkan tidak sihat setelah pulang dari lawatan rasmi ke Azerbaijan.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 itu dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 pada 19 Februari lalu, sekali gus menjadikan beliau pemimpin pertama etnik Lun Bawang dilantik ke jawatan itu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI