fb fb fb fb fb

Pelancongan Melaka semakin maju, berdaya saing

Foto BERNAMA

SUNGAI RAMBAI, 3 Disember- Melaka mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sambutan Hari Pelancongan Dunia atau 'World Tourism Day' (WTD) yang akan dianjurkan pada tanggal 27 September 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi teks ucapan yang dibaca Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pemilihan itu adalah hasil daripada kesediaan prasarana hospitaliti komitmen dan kecekapan kakitangan awam yang sentiasa bersedia memberi kerjasama.

"Pemilihan itu juga bertepatan dengan Melaka sebagai negeri pelancongan yang semakin maju dan berdaya saing.

"Ini adalah satu contoh yang memperlihatkan komitmen kerajaan negeri dengan sokongan kerajaan pusat untuk memperkasakan sektor pelancongan di negeri itu," katanya kepada pemberita di sini.

Melaka dipilih sebagai tuan rumah WTD dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 mewakili Malaysia selepas Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran program berprestij itu yang akan berlangsung pada September 2025.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM