MELAKA, 31 Mei - Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan penganjuran program kesukanan di negeri itu, dalam usaha memeriahkan sektor pelancongan sukan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelancongan sukan antara segmen yang akan menyemarakkan kalendar pelancongan negeri Melaka pada 2026, sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM2026).
""Pastinya kita akan memikirkan kaedah untuk saling melengkapi antara kerajaan negeri dan produk sukan sedia ada. Sebagai contoh, kita boleh menganjurkan maraton antarabangsa serta pelbagai aktiviti sukan lain yang lebih menarik, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong ke Melaka. Sehubungan itu, kita sedang merangka kaedah baharu, antaranya dengan menetapkan setiap bulan sebagai Hari Sukan Melaka sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yanga akan diadakan di Melaka." katanya.
Datuk Seri Ab Rauf bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pembukaan Decathlon di Bandaraya Melaka. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.
Melaka dipilih sebagai tuan rumah untuk pelancaran TMM2026.