Mekanisme jelas elak campur tangan politik terhadap Pendakwa Raya, Peguam Negara

Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Satu mekanisme jelas perlu diwujudkan bagi memastikan tidak berlakunya pengaruh politik terhadap sebarang keputusan membabitkan Pendakwa Raya (PP) dan Peguam Negara (AG).

RINGKASAN BERITA AI
  • Wujudkan mekanisme jelas bagi mengelakkan pengaruh politik terhadap keputusan melibatkan Pendakwa Raya dan Peguam Negara.
  • Cipta sistem pemisahan AG dan PP dengan tanggungjawab perundangan setara seperti amalan di United Kingdom.
  • Peranan pendakwa raya dan peguam negara perlu memastikan keputusan kontroversi, termasuk NFA, diambil dengan berhati-hati.
  • Gunakan mekanisme sebagai semak dan imbang serta platform untuk membentang dan membahaskan isu di Parlimen demi ketelusan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh semasa pembentangan di Parlimen berkata, mekanisme itu perlu bagi mengesahkan lagi ketelusan kerajaan khasusnya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.

“Isu utama yang timbul akibat isu tersebut adalah sama ada AG dan PP tersebut boleh dipertanggungjawabkan. Oleh kerana terdapat persepsi sekarang bahawa peguam negara mungkin dipengaruhi oleh kerajaan.

“Saya menyeru kerajaan mengambil kira bahawa sekiranya terdapat pemisahan AG dan PP tersebut perlu kita mengadakan satu mekanisme atau satu sistem untuk mewajibkan atau menjadikan mereka bertanggungjawab secara perundangan seperti di United Kingdom (UK),” katanya.

Ramkarpal Singh yakin peranan pendakwa raya dan peguam negara akan mendorong kedua-dua pihak tersebut bertindak lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berunsur kontroversi, termasuk keputusan tiada tindakan (NFA) dalam kes bermotifkan politik.

Langkah itu juga berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang, selain menjadi peringatan agar sebarang isu berbangkit dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen demi menjamin ketelusan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan