fb fb fb fb fb

Media sosial saluran penting sebar berita terkini

LANGKAWI, 29 Mac - Organisasi media perlu menggunakan multimedia seperti video, grafik dan audio di semua platform media digital termasuk portal berita dan media sosial.

Ini bagi tujuan penyampaian maklumat atau berita dengan lebih berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Romani Wan Salin berkata organisasi media perlu mengorak langkah ke arah pendigitalan dan perlu lebih aktif mempraktikkan kandungan multimedia dalam menyampaikan kandungan berita.

Katanya, organisasi media dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) seperti RTM dan BERNAMA telah melakukan transformasi ke arah pendigitalan dan mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai saluran penyampaian komunikasi secara berkesan.

(Romani Wan Salin ketika berucap merasmikan Program pemukiman
Ahli Jawatankuasa, AJK Media SeMalaysia di Langkawi)

“Contohnya saluran Tv1 dan Tv2 telah menggunakan saluran youtube dan instagram untuk mengemaskini klip-klip video, Twitter untuk mengemaskini berita terkini, begitu juga di facebook menyiarkan kerja-kerja belakang tabir dan video klip berita untuk tontonan umum dan sebagainya.

“Hal ini disebabkan ramai pengguna internet di negara ini lebih memilih saluran media sosial untuk mengetahui perkembangan semasa temasuk berita-berita terkini," katanya ketika berucap merasmikan Program pemukiman Ahli Jawatankuasa, AJK Media SeMalaysia di sini.

Selain Kelab Media Elit Kedah, program tersebut disertai Kelab Media Putrajaya, Kelab Pengamal Media Melaka, Federation of Sarawak Journalists Asso, Kelab Wartawan Kl Selangor, Kelab Media Johor, Kelab Wartawan Media Terengganu, Kelab Media Negeri Sembilan, Kelab Media Pahang, Persatuan Wartawan Perlis.

Media Baharu