fb fb fb fb fb

Media sampaikan laporan sahih, elak isu disensasikan- Annuar

PUTRAJAYA, 14 Julai- Media berperanan penting dalam menyampaikan laporan berita sahih bagi mengelakkan sesuatu isu disensasikan secara berlebihan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan ia bagi mengelak timbulnya keresahan masyarakat berkaitan isu semasa.

Beliau berkata, setiap data perlu diselidik terlebih dahulu atau dirujuk kepada pihak berautoriti supaya rakyat mendapat berita yang tepat. Ini kerana laporan media memberi kesan terhadap pemikiran dan tindakan masyarakat.


(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa/BERNAMA)

"Walaupun ada elemen kebenaran sebahagiannya (laporan) tetapi mungkin terlebih gula dan garamnya telah terlebih sedikit. Jadi saya minta kita mestilah memberi laporan seberapa tepat yang boleh kerana tidak mahu memberi gambaran yang salah kerana ini semua ada kaitan dengan soal kenaikan harga, pembelian panik dan membantu dalam usaha kita mengawal impak daripada inflasi dan kenaikan harga harga.

Mungkin kita melihat ia hanya sebagai satu laporan yang biasa, tetapi ia boleh memberi kesan", katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini.

Media Baharu