fb fb fb fb fb

MCMC, penyedia platform akan bincang SOP lindungi kandungan peribadi pengguna- Teo

FOTO HIASAN

KULAI, 1 September- Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial dalam waktu terdekat bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi melindungi kandungan peribadi pengguna. 

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan data peribadi pengguna di negara ini tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab atau sindiket penipuan, secara sewenang-wenangnya.   

Usaha tersebut mampu menjadi pendorong bagi penyedia platform media sosial, untuk melakukan kawalan kendiri terhadap kandungan berunsur jenayah.

"Sebab itu kami perlu kerjasama yang lebih bagus daripada platform dan dalam bulan ini bawah MCMC kami juga ada satu divisyen yang kita panggil 'content forum'.

"Kami akan buat perjumpaan dengan penyedia platform supaya kita boleh wujudkan SOP yang lebih ketat dan efektif,"katanya.

Menurut Teo, teknologi seperti 'deepfake' juga digunakan oleh sindiket penipuan, untuk menyebar gambar lucah dan bahan kandungan melibatkan kanak-kanak, didorong perkembangan teknologi kecerdasan buatan (A.I)

Beliau berkata demikian semasa Program Jom Tonton  Wayang Takluk: Lahad Datu di Kulai, Johor.  

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE