fb fb fb fb fb

MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Perbincangan sedang berjalan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft mengenai pelesenan platform LinkedIn.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perbincangan bertujuan melihat sama ada platform berkenaan memenuhi kriteria diperlukan untuk mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia.

"Kita dapati LinkedIn kita dapati mempunyai jumlah pengguna melebihi 8 juta. Angka ini telah diumumkan oleh LinkedIn sendiri bagi suku pertama 2025. Laporan suku pertama 2025 dan MCMC telah mula berhubung dengan pihak Microsoft yang memiliki Linked-In", katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, pendaftaran lesen bagi platform X dan Youtube juga masih dalam perbincangan.

“Bagi pihak Meta, mereka dalam fasa akhir sama seperti yang saya sebut baru-baru ini, ada satu dokumen yang mereka sedang dalam proses untuk hantar", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Program Rintis ‘Future Health for All’ di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

ROSLINA BINTI DIN