KUALA LUMPUR, 27 Mac- Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, MCBA dijangka beroperasi sepenuhnya selepas pembentangan RUU berkaitan dalam sidang parlimen pada Jun.
Sehingga kini, sebanyak 104 waran perjawatan baharu bagi pelaksanaan MCBA di peringkat Ibu Pejabat dan sembilan pintu masuk sempadan negara telah diluluskan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, sesi libat urus bersama agensi dan jabatan terlibat juga sedang dipergiat bagi memperkukuh koordinasi pelaksanaan.
"Berdasarkan perancngna MCBA akan mula beroperasi sepenuhnya di lapangan selepas RUU pindaan akta berbangkit diluluskan yang mana disasar untuk dibentang pada sesi parlimen bulan Jun akan datang.
"Libat urus bersama agensi sedia ada sedang giat dilaksana bagi memastikan koordinasi yang baik dan harmoni di pintu masuk.
"Penyelarasan ini merangkumi perancangan secara berfasa dan mekanisme pelarasan dasar antara kementerian dan jabatan berbeza,"katanya.
Pada 31 Januari lepas, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, dilantik sebagai Ketua Pengarah, MCBA.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsukkahar Mohd Deli yang ingin tahu perkembangan pelaksanaan MCBA.