KUALA TERENGGANU, 20 Januari-Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, MBKT menetapkan kadar bayaran permit hiburan RM200 setahun kepada pemuzik jalanan termasuk kad Khas Seniman bagi membolehkan golongan itu mengadakan persembahan di tempat awam.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif, berkata pihaknya bersetuju meluluskan permit hiburan kepada golongan berkenaan bagi membolehkan golongan itu membuat persembahan secara sah.
Menurut Rosli, garis panduan berhubung termasuk lokasi dan masa persembahan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Kami cuma ambil inisiatif awal sebelum buat keputusan mengikut kaedah-kaedah Enakmen Hiburan.
"Ada klausa perkara 20 iaitu boleh membenarkan bergiat dengan permit yang dibayar RM200 setahun.
"Dalam konteks mereka sebagai seniman jalanan kaedahnya akan dikeluarkan kad seniman kepada
penggiat", katanya di sini.
Rosli sebelum itu mengadakan majlis dialog bersama Persatuan Buskers Terengganu di Menara MBKT di sini, pada petang Ahad.