fb fb fb fb fb

MBAS terima Anugerah Aasean Clean Tourist City Standard (2024-2026) Peringkat Kebangsaan

Datuk Mohd Yusri Md Daud dan Bohari Md Yusof pada Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2024 peringkat Kebangsaan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

ALOR SETAR, 30 April- Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melakar sejarah apabila dipilih menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard (2024-2026) peringkat Kebangsaan, tahun ini.

Ia bersempena Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2024 peringkat Kebangsaan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman kepada Datuk Bandar MBAS, Datuk Mohd Yusri Md Daud.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Strategik MBAS, Bohari Md Yusof.

Anugerah tersebut diraih susulan MBAS telah berjaya mematuhi kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE