fb fb fb fb fb

Masalah tekanan jiwa: Segera salurkan maklumat

(Datuk Seri Nancy ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPWKM 2022)

KAJANG, 20 Jun- Manfaatkan Talian Kasih bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kes berkaitan tekanan jiwa dalam kalangan komuniti mereka.

"Kalau berlaku apa-apa kita jangan tunggu, sila laporkan sebab kami mengharapkan sangat komitmen ini daripada masyarakat keseluruhannya untuk beri maklum balas kepada kita.

"Jadi, cepat beri maklum balas ini menerusi talian kasih. Kita ada juga Whatsapp, ada nombor juga yang boleh tanya.

"Kalau tidak ada tindakan segera, maka ia mungkin merugikan jiran kita juga, rakan, keluarga kita dan juga sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita," kata Nancy selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPWKM 2022 di sini.

"Talian Kasih" 15999 dan talian aduan di aplikasi WhatsApp terbuka untuk dihubungi setiap masa.

(Datuk Seri Nancy berkata manfaatkan Talian Kasih bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling)

Media Baharu