fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia tahan nelayan kelas C di Tanjung Belua

Nelayan tempatan kelas C berikutan menunda ikan di zon larangan di kedudukan kira-kira sembilan batu nautika barat Tanjung Belua

LANGKAWI, 21 DIsember- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis menahan nelayan tempatan kelas C berikutan menunda ikan di zon larangan di kedudukan kira-kira sembilan batu nautika barat Tanjung Belua, Langkawi semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Romli Mustafa berkata, penahanan itu hasil rondaan operasi Op Aman dan Op Tiris di perairan Langkawi.

Dalam operasi itu turut ditahan seorang tekong dan tiga anak kapal, kesemuanya warga Thailand yang berusia 25 hingga 56 tahun .

Menerusi kenyataan hari ini, "ketika ditahan kesemuanya  sedang leka melakukan aktiviti menunda atau tarik tepi.

"Kegiatan tarik tepi sukar dikesan kerana mereka yang terlibat  tidak meninggalkan jejak dan kebiasaannya aktiviti tersebut dilakukan ketika bot tersebut ingin melepasi jarak lima belas batu nautika daripada pantai," katanya.

Kesemua yang ditahan bersama ikan campur seberat 500 kilogram diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat menurut Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu bawah 15 batu nautika dari pantai.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI