fb fb fb fb fb

Mangsa tanah jerlus dipercayai dibawa arus saluran kumbahan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Operasi menyelamat seorang mangsa warga India yang hilang selepas tertimbus dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India, tetap diteruskan malam ini.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nordin Pauzi, dua unit penyelam dikerah memasuki jajaran terowong kumbahan seluas 1.5 diameter.

Mangsa dipercayai telah dibawa arus saluran tersebut yang berakhir di Loji Lembah Pantai.

"Pasukan penyelamat telah menggunakan beberapa kaedah termasuk Unit Anjing Pengesan K9 dan alat pengesan bunyi namun belum dapat pengesan lokasi sebenar mangsa.

"Operasi pencarian mangsa diteruskan," katanya kepada pemberita di sini.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM