fb fb fb fb fb

Malaysia tumpu kerjasama serantau, perluas pasaran ASEAN ke peringkat dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

BANGI, 22 Februari – Malaysia memainkan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memperkukuh ekonomi serantau serta memperluas pasaran negara anggota ke peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu akan direalisasikan menerusi siri pameran dan persidangan antarabangsa berskala besar yang bakal dianjurkan mulai Mei.

Jelas Anwar, persidangan dan pameran yang buat pertama kalinya melibatkan negara Teluk dan China itu dijangka menarik perhatian pelabur global.

"Setiap sidang ini melibatkan pameran dan persidangan besar-besaran yang dianjurkan bukan sahaja oleh kerajaan, tetapi juga dengan kerjasama syarikat media, syarikat dagang, dan negara Arab.

"Ini akan menjadikan Malaysia sepanjang tahun ini, mulai Mei, sebagai negara yang menarik perhatian media serta syarikat besar dunia,"* katanya dalam Sidang Media Pemukiman Kerajaan MADANI 2025, di sini.

Anwar turut berpuas hati terhadap komitmen semua pihak dalam memastikan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia berjalan lancar, sekali gus mempertingkat urusan dagang serantau.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN