fb fb fb fb fb

Malaysia terus sokong hak bersuara wanita

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Malaysia menyokong komitmen serta memberi peluang kepada wanita untuk bersuara terutama dalam hal diplomasi dan tadbir urus negara.

Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu sejajar dengan peranan penting yang dimainkan wanita dalam usaha menyokong dasar negara berasaskan konsep Malaysia Madani.

Menurut Zambry, wanita telah memainkan peranan penting dalam spektrum diplomatik yang menyumbang kepada pembangunan negara.

"Sambutan hari antarabangsa wanita dalam diplomasi adalah untuk mengiktiraf sumbangan penting yang telah dibuat oleh wanita dalam diplomasi, sama ada mereka diplomat, pengurus dan pentadbir dalam lingkungan diplomasi antarabangsa mahupun pendamai," katanya dalam ucapan perasmiannya yang disiarkan di forum antarabangsa ‘Wanita dalam Diplomasi: Satu Spektrum Peluang’ sempena Hari Antarabangsa Wanita yang disambut pada 24 Jun setiap tahun.

(Dr. Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu