fb fb fb fb fb

Malaysia sasar nilai perdagangan lebih RM2 trilion pada 2025

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

SHAH ALAM, 9 Februari- Nilai perdagangan Malaysia diyakini kekal melebihi RM2 trilion sepanjang 2025 meskipun berdepan isu kelembapan ekonomi China dan pentadbiran baharu Amerika Syarikat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau optimis dengan perkara itu bersandarkan keadaan ekonomi negara yang dijangka terus berkembang.

"Kami menyasarkan untuk kekal seperti yang pernah dicapai tahun lepas iaitu melebihi paras RM2 trilion. Kami masih menjangkakan perkembangan positif dalam ekonomi dan optimis untuk mencapainya," katanya.

Beliau ditemui pada program Golf Amal KITA 2025 di Glenmarie Golf and Country Club di sini.

Program yang disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tahun lalu, nilai dagagan Malaysia meningkat 9.2 peratus kepada rekod tertinggi RM2.879 sekali gus melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI