PUTRAJAYA, 8 Disember- Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya melalui Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia di negara itu.
"Setakat ini, semua 37 pelajar Malaysia dan lima rakyat Malaysia lain yang berdaftar di negara itu dilaporkan selamat," menurut kenyataan.
Wisma Putra menyatakan pihaknya akan terus memantau dengan rapat keadaan dan memberikan maklumat terkini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia di rantau itu juga digalakkan untuk mendaftar melalui E-Konsular menerusi https://ekonsular.kln.gov.my bagi menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka diminta menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Amman.
Konsul Kehormat Malaysia di Syria boleh dihubungi melalui talian +963933245555 atau e-mel
Kedutaan Besar Malaysia di Amman pula boleh dihubungi melalui talian +962 6 5902400 / +96265934343 atau e-mel
BERITA BERKAITAN
- Presiden Syria Bashar al-Assad tinggalkan Damsyik
- Era al-Assad sudah berakhir- Pasukan penentang kerajaan
- Tentera Syria kekal di Damsyik, dakwaan pengunduran dinafikan
- Konflik Syria: Ribuan penduduk Homs melarikan diri
- Syria: Kumpulan penentang kerajaan mula memasuki bandar Hama
- PBB seru konflik di Syria dihentikan