fb fb fb fb fb

Malaysia optimis tingkat hasil pengeluaran sawit

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Malaysia optimis meningkatkan hasil pengeluaran sawit tanpa perlu menebang hutan bagi menambah kawasan penanaman.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ladang sawit di Malaysia meliputi 5.7 juta hektar, yang hanya merangkumi 0.1 peratus daripada kawasan pertanian global.

Namun, sektor itu mampu menyumbang 20 peratus daripada eksport minyak dan lemak yang boleh dimakan dunia.

"Industri minyak sawit adalah pemacu ekonomi utama Malaysia, menyokong sektor daripada petani luar bandar hingga kepada peneraju pasaran.

"Kita mempunyai 5.7 juta hektar tanah yang mencukupi, dan kini fokus kita adalah mempromosikan pengeluaran lestari yang memberi nilai lebih tinggi berbanding memperluas penggunaan tanah," katanya ketika berucap pada Kongres Minyak dan Lemak (OFIC) 2024 di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM