fb fb fb fb fb

Malaysia menang kes tuntutan Sulu, mahkamah batalkan keputusan akhir

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Disember - Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya keputusan akhir (final award) dalam kes tuntutan  pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu, sekali gus memberi kemenangan kepada pihak kerajaan Malaysia

Manakala pihak penuntut Sulu turut diarah membayar kos sebanyak 200,000 euro kepada kerajaan Malaysia.
 
Jurucakap Kerajaan MADANI; Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut mendapati individu yang mengeluarkan final award tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa atau bidang kuasa untuk berbuat demikian.

“Keputusan ini sekali lagi mengesahkan bahawa tuntutan terhadap Malaysia adalah tidak berasas dan cacat di sisi undang-undang. Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan, kekebalan dan kepentingan negara di mana-mana mahkamah jika keadaan memerlukan,” jelas beliau dalam sidang media di bangunan Parlimen.

AZRUL FAIZAL JUSOH