BISHKEK, 15 Mei- Malaysia dan Republik Kyrgyz komited dalam meningkatkan kerjasama dua hala dengan kerjasama dan hubungan yang lebih erat demi kepentingan rakyat kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Japarov mengesahkan keinginan dan kesediaan bersama-sama untuk meningkatkan kerjasama menyeluruh antara negara menerusi kenyataan yang ditandatangani.
Kenyataan itu tertumpu kepada tiga bidang iaitu Kerjasama Politik, Perdagangan, Ekonomi dan Pelaburan serta Kebudayaan dan Kemanusiaan
Perkera itu jelas berdasarkan aspirasi untuk mengekalkan hubungan mesra, persefahaman, kesaksamaan, dan manfaat bersama.
"Jadi kita sudah tentu akan meneroka isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala dan atas senarai kursus perdagangan dan pelaburan seperti yang saya nyatakan.
"Walaupun ia telah bermula pada asas yang sangat rendah tetapi peningkatannya adalah satu fenomena. 300 peratus peningkatan dalam satu tahun yang menunjukkan potensi yang sangat besar untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Kita pasti akan kembali dan meminta sektor swasta, jabatan kerajaan dan agensi tertentu menumpukan usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala terutamanya kedua-dua pemimpin menandatangani dokumen itu," kata Anwar.
Terdahulu Perdana Menteri diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Republik Kyrgyz di Kediaman Negeri Ala Archa, sempena lawatan sulungnya ke negara itu.