fb fb fb fb fb

Malaysia kukuh kerjasama serantau dalam penyelidikan, pengilangan vaksin

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

SUBANG JAYA, 18 Jun- Malaysia terus mengukuhkan kerjasama serantau dalam bidang penyelidikan dan pengilangan vaksin melalui penglibatan aktif dalam sektor itu.

Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, inisiatif berkenaan dapat memperkasakan kerjasama serantau selain menarik pelaburan jangka panjang dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan bakat teknikal serta pembinaan ekosisem bioteknologi yang kukuh.

"Usaha ini diharapkan dapat dilaksanakan di Malaysia dan dalam konteks ASEAN, terutamanya kerana Malaysia merupakan pengerusi ASEAN tahun ini. Terdapat harapan agar inisiatif ini dapat memperkasakan kerjasama dan memajukan negeri di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kedua UK-South East Asia Vaccine Manufacturing Research Hub (UK-SEA Vax Hub) di Monash University Malaysia di ibu negara.

Program itu menghimpunkan lebih 150 peserta dari sembilan negara ASEAN dan United Kingdom melibatkan penyelidik, pembuat dasar serta pemain industri utama dalam bidang vaksin.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI