fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh hubungan dua hala dengan Mesir - PM

(Datuk Seri Ismail Sabri menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir Sameh Hassan Shoukry di pejabatnya hari ini/FB ISMAIL SABRI)

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Malaysia komited menjalin kerjasama rapat dengan Mesir untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Komitmen Malaysia itu dinyatakan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir Sameh Hassan Shoukry di pejabatnya hari ini.

(Datuk Seri Ismail Sabri menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir Sameh Hassan Shoukry di pejabatnya hari ini/FB ISMAIL SABRI)

“Saya bersyukur Malaysia dan Mesir bersetuju mengaktifkan semula mekanisme hubungan dua hala dan menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi secara kerap selepas dilanda pandemik COVID-19,” katanya dalam catatan di akaun Facebook.

Ismail Sabri berkata dalam pertemuan itu, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Mesir kerana menyumbang vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Sejumlah 2,930 daripada 7,145 pelajar Malaysia di Mesir telah divaksin.

Catatan Facebook itu turut memaparkan video kunjungan hormat dan pertemuan Ismail Sabri dengan Sameh.

Media Baharu