NEW YORK, 29 September- Malaysia menyatakan kekesalan terhadap tindakan biadab Israel susulan kematian pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Israel itu jelas menunjukkan mereka tidak peduli terhadap pandangan atau keputusan masyarakat antarabangsa.
"Mereka sudah menjadi sebuah negara yang amat biadap, kurang ajar dan bongkak itu sebabnya perlu diadakan sesuatu yang drastik untuk mengekang kebiadapan itu supaya tidak ada lagi senjata yang digunakan dengan jelas digunakan untuk membunuh rakyat yang tidak bersalah terutama wanita dan kanak-kanak," katanya.
Datuk Seri Mohamad bercakap dalam sidang media selepas sesi perbahasan di Perhimpunan Agung PBB ke-79 di New York.
Terdahulu, Hizbullah mengumumkan bahawa Setiausaha Agungnya, Hassan Nasrallah telah terkorban dalam serangan udara rejim Zionis di pinggir bandar selatan Beirut.