
SERKAM, 14 Mac – Malaysia terus menunjukkan prestasi ekonomi yang positif meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan global.
- Ekonomi Malaysia dirakam pertumbuhan 5.2 peratus awal 2025 menurut Ketua Perangkawan.
- Perdagangan borong dan runcit melebihi RM150 bilion pada Januari, mencerminkan perbelanjaan domestik yang masih kukuh.
- Kepelbagaian sektor dan respons positif lebih 400,000 pengusaha mikro dan kecil mengekalkan daya tahan ekonomi.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata,data awal dikeluarkan untuk awal tahun ini menunjukkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025.
Ia disokong oleh perkembangan kukuh dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk sektor runcit.
“Prestasi perdagangan borong dan runcit melebihi RM150 bilion pada Januari, sekali gus mencerminkan tahap perbelanjaan domestik yang masih kukuh. ”
“Ini menunjukkan kecergasan ekonomi negara masih berada pada landasan positif dan momentum pertumbuhan itu mula dirasai sejak awal tahun ini, ” tambahnya lagi.
Jelas Datuk Seri Dr Mohd Uzir, kepelbagaian sektor seperti pertanian, perlombongan, pembinaan,
perkhidmatan dan pembuatan membantu mengekalkan daya tahan ekonomi negara.
“Data awal di lapangan turut mendapati respons positif daripada pengusaha termasuk lebih 400,000 pengusaha mikro dan kecil yang dibanci setakat ini.
Ini memberi gambaran kecergasan ekonomi itu sangat positif dan momentum itu pertumbuhan itu telah dilihat,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada program ziarah kasih Jabatan Perangkaan (DOSM) Melaka di Kampung Tedong Barat, Serkam, Melaka.