fb fb fb fb fb

Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid

Allahyarham Datuk Hail Amir

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.

Beliau turut mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," menurutnya menerusi catatan Facebook.

Beliau berkata Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air yang merupakan penyanyi dan pelakon era 1970an cukup berbakat serta berjiwa besar.

TETITIA YUSOFF