fb fb fb fb fb

Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran

Bangunan musnah di Tehran selepas serangan Israel/ REUTERS

PUTRAJAYA, 13 Jun- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran termasuk serangan bersasar yang telah membunuh pemimpin kanan Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Malaysia menyeru rakan-rakan Israel, terutamanya negara yang mempunyai pengaruh dan kuasa tekanan untuk menggunakan segala keupayaan untuk menghentikan tindakan agresif seterusnya.

"Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan tindakan yang mensabotaj diplomasi dan membahayakan keamanan global.

"Ini adalah tindakan yang serius dan melulu, yang mengancam untuk menjejaskan lagi kestabilan kawasan yang rapuh," menurut hantaran itu.

Menurut Perdana Menteri melihat serangan itu sebagai cubaan menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Serangan itu dilakukan ketika tindakan Israel di Gaza semakin dipersoalkan dan tekanan politik terhadap Benjamin Netanyahu memuncak sekali gus menggugat kestabilan sebuah rantau yang sudah pun rapuh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI