fb fb fb fb fb

Malaysia guna pakai Kenyataan Bersama Kuala Lumpur, tingkatkan populasi harimau - Ismail Sabri

FOTO FB ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR, 21 Januari - Malaysia bercadang mengguna pakai Kenyataan Bersama Kuala Lumpur mengenai Pemuliharaan Harimau untuk memulih dan meningkatkan populasi haiwan yang semakin pupus itu di habitat yang berpotensi di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan bersama 13 perkara itu menyokong pelaksanaan usaha Pelan Tindakan Pemulihan Harimau Asia Tenggara berdasarkan keutamaan dipersetujui.

“Penerimagunaan Kenyataan Bersama Kuala Lumpur (STRAP) dan Strategi Mobilisasi Sumber akan menyediakan negara-negara yang mempunyai harimau yang berkeliaran bebas untuk menetapkan sasaran tindakan yang realistik dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat pemulihan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Asia Ke-4 (AMC4) mengenai Pemuliharaan Harimau yang diadakan secara maya hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri turut menyeru negara-negara lain dengan semangat 'keluarga dunia", menyelamatkan harimau kerana kepupusan spesis itu tidak mengenal sempadan geografi, budaya mahupun politik.

Malaysia akan mengukuhkan usaha pemuliharaan harimau negara sekali gus menyokong pelbagai inisiatif global termasuk yang disarankan menerusi Persidangan Menteri Asia Keempat (AMC4) mengenai Pemuliharaan Harimau.

 

Media Baharu