KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kepimpinan Malaysia ketika ini diyakini mampu membawa isu-isu ASEAN ke arah penyelesaian yang lebih jelas.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa menekankan, ia meliputi isu berhubung Kod Tata Laku Laut China Selatan termasuk krisis di Myanmar.
"Saya harap bahawa Malaysia akan dapat memainkan peranan pemimpin untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak Myanmar ke atas '5.0 Consensus' seterusnya membawa kepada penyelesaian kepada masalah.
"Kita faham bahawa dua-dua isu ini adalah amat sukar tetapi saya percaya bahawa dengan kepakaran-kepakaran dan juga sumber-sumber diplomasi yang kita ada, bahawa Malaysia akan dapat sekurang-kurangnya majukan isu-isu ini ke tahap penyelesaian akan dapat kita capai," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel di sesi temubual khas Kepengerusian ASEAN 2025 di Angkasapuri Kota Media di ibu negara.