Malaysia, Australia bincang isu geopolitik dan tenaga

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese  di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA, 16 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese sejurus selepas pemimpin itu menerima sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra bersempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia yang bermula semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Australia dan menangani cabaran keselamatan tenaga susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
  • Mesyuarat dua hala melibatkan menteri dan pegawai menilai kemajuan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang dimeterai 2021.
  • Australia kekal rakan ekonomi penting Malaysia dengan perdagangan dua hala bernilai RM78.63 bilion pada 2025.

Pertemuan itu antara lain membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Australia serta menangani cabaran keselamatan tenaga yang semakin meningkat susulan ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat.

Ia kemudian disusuli mesyuarat dua hala yang melibatkan menteri kanan dan pegawai kedua-dua negara bagi menilai kemajuan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Australia (CSP) yang dimeterai pada 2021.

Australia kekal sebagai rakan ekonomi penting Malaysia, dengan kedudukan sebagai rakan dagang ke-12 terbesar negara pada 2025, mencatatkan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM78.63 bilion (AS$18.38 bilion).