fb fb fb fb fb

Malaysia akur ketetapan Singapura kurangkan kuota VTL


BATU PAHAT, 22 Januari
- Kerajaan Malaysia akur dengan keputusan ditetapkan Singapura berhubung kuota Perjalanan Lengkap Vaksin, VTL darat dan udara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong,bagaimanapun tidak menolak jika Singapura bersetuju menambah bilangan kuota kerana memahami keperluan pengembara, terutama pada musim perayaan.

"Permintaan beribu tapi kita ikhtiarkan, sebagai kerajaan kita melihat keperluan bukan tak hendak perjuangkan tapi ada keperluan kita akan tambah," katanya selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya di Dewan Muafakat Ayer Hitam, Batu Pahat.

Pengembara turut diingatkan untuk memohon permit sebelum dan selepas membeli tiket supaya dapat menggunakan inisiatif VTL.

Terdahulu, VTL darat yang disambung semula meraih peruntukan hanya 50 peratus kapasiti berbanding kira-kira 1,500 pengembara setiap hari, seperti jadual asal.

Media Baharu