fb fb fb fb fb

Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 31% sempena bulan kebangsaan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos - Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 31 peratus bagi tambang penerbangan ke semua destinasi domestik dan destinasi antarabangsa terpilih.

Tawaran sempena sambutan Bulan Kebangsaan itu boleh dimanfaatkan pelanggan bermula hari ini sehingga 29 Ogos 2022.

(Diskaun tersebut melibatkan tempoh perjalanan mulai hari ini sehingga 12 April 2023)

Diskaun tersebut melibatkan tempoh perjalanan mulai hari ini sehingga 12 April 2023.

Pelanggan yang menempah pakej percutian melalui cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays juga boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk penerbangan dan pakej hotel ke semua destinasi domestik.

Maklumat lanjut mengenai tawaran berkenaan, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Malaysia Airlines atau muat turun aplikasi Malaysia Airlines.

Media Baharu