fb fb fb fb fb

Majlis Iftar Perdana MIPHC santuni mualaf di Labuan

Rithuan Mohd Ismail (tengah) pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Foundation di Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri Labuan

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Penganjuran Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Foundation (MIPHC) satu usaha murni menyantuni golongan mualaf khususnya di Labuan.
 
Usaha murni itu sebagai satu sistem sokongan untuk berkongsi kegembiraan para mualaf yang baru memeluk Islam, serta mengangkat golongan berkenaan ke tahap yang lebih baik.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, penubuhan yayasan berkenaan boleh menjadi satu badan bukan kerajaan yang menjadi rujukan dan contoh untuk masyarakat mengetahui Islam dengan baik dan harmoni.
 
Beliau berkata, penganjuran program sedemikian perlu diketengahkan agar lebih ramai mualaf diraikan bersama sempena bulan Ramadan.
 
Tambah beliau, usaha murni yang dilakukan wajar disambut baik oleh semua masyarakat yang terdiri pelbagai etnik dan agama.
 
Oleh itu, beliau akan sentiasa menyokong penuh program-program yang mampu memberi impak sosial yang baik terhadap pembangunan masyarakat.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis itu yang diadakan di Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri Labuan.
 
Pada majlis itu, seramai 120 asnaf mualaf menerima sumbangan bantuan wang tunai dan cenderahati Al-Quran.
 
Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Joannes Lukas.
 
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE