fb fb fb fb fb

Gaji pekerja perlu ikut kemahiran & kelulusan akademik - Steven

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong / Foto BERNAMA

SETIU, 21 Oktober - Majikan diminta tidak menjadikan penyelarasan gaji minimum RM1700 sebagai penanda aras kepada permulaan gaji kepada semua pekerja.

Sebaliknya, gaji minimum tersebut adalah gaji kepada pekerjaan dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah dan melakukan pekerjaan paling asas.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong turut menyarankan agar majikan supaya memberi gaji setimpal kepada pekerja mengikut kemahiran dan kelulusan akademik seperti berkelulusan universiti.  

"Pelaksanaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara, gaji minimum ini adalah satu strategi untuk semua masalah upah dan gaji.

"Strategi itu untuk pekerja paling asas, dan ada lebih kurang 4.35 Juta pekerja yang masih mendapat gaji dibawah RM1700.

"Saya tekankan bahawa gaji harus diselaraskan dengan kelayakan akademik, peranan kerja, kemahiran yang ada," katanya kepada pemberita di sini.

Penyelarasan kadar gaji minimum kepada RM1700 sebulan daripada  RM1500, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan bagi syarikat-syarikat besar.

Manakala penangguhan kuat kuasa gaji minimum membabitkan majikan mempunyai kurang lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu pada 1 Ogos 2025.

 

Trainee2