fb fb fb fb fb

Majikan ditahan, gajikan pekerja warga asing tanpa permit sah

KOTA BHARU, 30 Mei- Polis Kelantan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan majikan yang menggaji pekerja warga asing tanpa permit yang sah.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kegagalan majikan atau pengurus syarikat mematuhi peraturan terbabit menyebabkan mereka bakal ditangkap sekiranya dikesan berbuat demikian.

Katanya kebanyakan pekerja asing dikatakan tidak mempunyai permit terutama mereka yang bekerja di kebun di Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Lojing.

Setakat ini, pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun yang merupakan Pengurus Operasi Ladang dan juga Pengurus Ladang berhubung kematian seorang pekerja lelaki warganegara Myammar Jumaat lalu di Gua Musang.

Pekerja lelaki itu dipercayai tidak mempunyai permit yang sah dan Kes disiasat dibawah 55B Akta Imigresen 1959/63.

"Kita bertindak untuk menahan majikan atau pengurus yang membenarkan mereka-mereka tidak mempunyai dokumen tidak mempunyai permit bekerja di ladang mereka kalau jelas di bawah Akta Imigresen kesalahan ini serius," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu.

Dalam perkembangan lain, pihaknya berjaya menahan empat pengedar dadah kecil-kecilan dalam serbuan berasingan di daerah Tumpat dan Kota Bharu semalam.

Tangkapan melibatkan lelaki berusia 26 hingga 48 tahun dan merampas sebanyak 1,098 biji pil yaba, empat biji pil epam dan 3.0 gram heroin bernilai RM11,550.

Kesemua mereka direman bermula semalam sehingga 2 Jun ini.


(Datuk Muhamad Zaki Harun (dua dari kanan) menunjukkan rampasan dadah hasil serbuan berasingan pihaknya di daerah Tumpat dan Kota Bharu semalam)

Media Baharu