fb fb fb fb fb

MAIWP sumbang wang zakat bernilai RM1.1 juta kepada warga Wilayah Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 15 Mac- Wang zakat bernilai RM1.1 juta disumbangkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 5,500 penerima dari ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Sumbangan menerusi Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan itu diberikan kepada golongan memerlukan dengan melibatkan RM140,000 untuk Putrajaya; RM660,000 untuk Kuala Lumpur dan RM300,000untuk Labuan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, program tersebut selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi fokus kepada kesejahteraan dan kebajikan warga Wilayah Persekutuan.

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) juga sentiasa komited melaksana program tradisi tahunan itu sejak tahun 2010 bagi menyantuni golongan asnaf, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Zaliha ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 700 penerima di Putrajaya.

Putrajaya menjadi lokasi pertama program sulung Nur Ramadan pada tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE