fb fb fb fb fb

MAINJ sumbang RM300,000 kepada penduduk terjejas banjir Johor

FOTO FB Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU, 8 Januari- Sebanyak RM300,000 disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor, MAINJ kepada penduduk terjejas banjir di Johor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata,  RM100,000 disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor, manakala RM200,000 diserahkan kepada 10 Pejabat Daerah di Johor.

Setiap pejabat daerah pula akan menerima RM20,000.

Bantuan itu diserahkan menerusi Majlis Sumbangan Bencana Alam di Johor Bahru, Johor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE