fb fb fb fb fb

Mahkamah menetapkan perbicaraan PU Azman Julai depan

SEREMBAN, 31 Januari- Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menetapkan tarikh 24 hingga 28 Julai depan sebagai tarikh perbicaraan penceramah selebriti Azman Syah Alias atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Hakim Datin Surita Budin menetapkan tarikh perbicaraan selama lima hari itu pada prosiding sebutan semula kes selepas pihak peguam memohon tarikh awal berikutan tertuduh juga akan didakwa di mahkamah di Klang, Shah Alam dan Ampang.

12 orang saksi dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi dan mahkamah turut menetapkan 25 Mei depan untuk keputusan representasi sebelum perbicaraan bermula.

Keputusan itu dibuat selepas permohonan pertimbangan daripada pasukan Peguam bela tertuduh yang masih menunggu dokumentasi dari Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang, Selangor bagi prosiding representasi berikutan pengadu adalah sama.

Tertuduh menghadapi 12 pertuduhan berkaitan seksual termasuk tiga lagi di mahkamah berlainan iaitu di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, Mahkamah Sesyen Klang (Selangor), dan Mahkamah Sesyen Ampang (Kuala Lumpur).

(PU Azman di Mahkamah Sesyen Seremban)

Media Baharu