fb fb fb fb fb

Mahkamah Khas Rasuah di semua peringkat kehakiman, perkukuh keyakinan rakyat

Tan Sri Dr Rais Yatim menyerahkan Buku Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai
Rasuah (JKMR) Tahun 2020  kepada Perdana Menteri,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Mahkamah Khas Rasuah disyor ditubuhkan di semua peringkat kehakiman.

Perkara itu antara cadangan dikemukakan Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) tahun 2020 yang diserahkan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Mengenai perlunya Mahkamah Anti Rasuah diwujudkan di negara kita secara khusus dari Mahkamah Seksyen Rayuan, Persekutuan dengan hakim-hakim berpakaran ini akan memberi satu suasana ketetapan kejituan mahkamah khusus tentang rasuah .Kami telah mengemukakan ini dan telah mendapat perhatian khusus kerajaan," katanya.

Rais berkata demikian selepas menyerahkan Buku Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tahun 2020 di Parlimen.

Turut dicadangkan, termasuklah, prosedur jaminan penyimpanan barang kes oleh SPRM seperti wang tunai dan barang kemas yang bernilai jutaan ringgit diurus tadbir dan disimpan oleh Bank Negara atau bank bertauliah bagi mengelakkan barang kes hilang.


(Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim)

Media Baharu