fb fb fb fb fb

MAHB rekod 7.8 juta pergerakan penumpang pada Februari 2024

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Malaysia Airports merekodkan 7.8 juta jumlah pergerakan penumpang pada Februari 2024.

Ini merupakan rekod bulanan tertinggi sejak pandemik COVID-19 dengan kadar pemulihan mencecah 95.8 peratus, berbanding bulan sama 2019.

Jumlah penumpang yang tinggi, disumbangkan musim persekolahan dan cuti perayaan selain pengenalan syarikat penerbangan baharu dan tambahan kekerapan penerbangan.

Jumlah trafik penumpang melonjak kepada 12 peratus berbanding 6.9 juta, bulan sebelumnya.

Lapangan terbang tempatan memainkan peranan penting dalam memacu prestasi Kumpulan, menyumbang 71 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang yang berjumlah 11 juta.

Manakala, pergerakan trafik penumpang melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turkiye, kekal kukuh dengan mencatatkan 3.2 juta penumpang.

Ia meningkat ketara sebanyak 27.4 peratus berbanding tahap pra-pandemik, sekali gus kadar pemulihan tertinggi setakat ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD