fb fb fb fb fb

MAFI perkenal skim takaful dan insurans agromakanan tahun ini


PUTRAJAYA, 10 Februari - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memperkenalkan skim takaful dan insurans agromakanan menjelang suku kedua tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata ia antara usaha bagi melindungi pemain industri agromakanan yang terjejas pendapatan atas faktor penyakit tanaman dan bencana alam.

"Seperti saya katakan sebelum ini bahawa perlu diwujudkan skim takaful dan insuran agromakanan di negara ini yang melibatkan pemain industri.

"Jika kita lihat negara jiran telah lama mempunyai skim insuran. MAFI mengorak langkah dan telah meminta Agrobank menerajui usaha ini.

"Skim akan dimulakan untuk subsektor padi beras sebelum diperluas ke subsektor agromakanan yang lain," katanya pada Sesi Dialog Industri Agromakanan 2022, di sini.

Bertemakan 'Pemodenan dan Produktiviti Menjamin Sekuriti Makanan', ia merupakan inisiatif MAFI menyediakan platform komuniksi dua hala dengan pemain industri.

Program disertai lebih 200 pemain industri agromakanan secara fizikal selain 1,000 orang melalui platform dalam talian.

Media Baharu