KUALA LUMPUR, 19 November- Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung Malaysia dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.
Kekuatannya diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember depan.
Menurut Ketua Pengarah Mentereologi Malaysia (MET Malaysia) Datuk Mohd Hisham Mohd Anip, keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung Malaysia.
Justeru orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia.
Dalam pada itu hampir 23,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut.
Tumpuan utama adalah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak serta 4,619 lokasi kerap banjir seluruh negara.