fb fb fb fb fb

LRT3 siap 95.6 peratus, dijangka beroperasi suku ketiga 2025

Anthony Loke Siew Fook

KLANG, 29 Julai- Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) telah siap sebanyak 95.6 peratus dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kerja-kerja fizikal dan proses integrasi sistem akan siap menjelang Oktober nanti.

"Jadi, kos keseluruhan pengembalian skop LRT3 ini adalah berjumlah RM3.8 billion termasuk kos pengembalian skop, kos infrastruktur, kos-kos kerja sistem.

"...juga termasuk pembelian "roaming storm", kos kontraktor dan juga kos untuk membeli 150 buah bas elektrik dengan pembinaan dua depoh bas. Jadi keseluruhan kos tambahan yang diperlukan ialah RM3.8 billion," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Projek LRT3 di Stesen Pasar Jawa, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI