PULAU PINANG, 10 Jun - Memastikan kecekapan pengurusan bekalan air terawat di Pulau Pinang. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaik taraf pusat pentadbiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
LRA ini mengeluarkan lebih 80 peratus air terawat yang dibekalkan di seluruh Seberang Perai dah Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja pengemaskinian loji ini amat diperlukan bagi terus memenuhi permintaan air di Pulau Pinang.
"LRA Sungai Dua ini memainkan peranan utama dalam membolehkan PBAPP menghasilkan air terawat yang murah di negeri ini," katanya di sini.
(Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja pengemaskinian loji amat diperlukan bagi terus memenuhi permintaan air di sini)
Usaha ini juga membantu mengekalkan tarif terendah di Malaysia untuk pengguna air domestik.
Kerja-kerja naik taraf bermula pada Oktober 2019 dan siap setahun kemudian dianggar bernilai RM2.73 juta.
Kerja-kerja naik taraf tangki pemendapan juga sedang dijalankan bagi membolehkan menghasilkan lebih banyak air terawat.