fb fb fb fb fb

Sokong Harimau Malaya, Rapid Rail lanjutkan waktu perkhidmatan esok

(Foto Fail/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada 12.03 tengah malam manakala ke Putra Heights pada 12.44 tengah malam. 

Menurut Rapid Rail, tren tambahan akan disediakan kepada penumpang selepas tamat perlawanan.

“Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat,” menurut kenyataan itu.


(Foto Fail)

Terdahulu, Rapid Rail turut melanjutkan masa perkhidmatan bagi pengguna pada perlawanan Harimau Malaya sebelum ini menentang Turkmenistan pada 8 Jun lalu bagi memudahkan pergerakan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Inisiatif itu mendapat sambutan menggalakkan masyarakat.

Media Baharu