fb fb fb fb fb

LRA Linggi mula beroperasi

Foto hiasan

RANTAU, 6 Mei- Pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Linggi yang diberhentikan kembali beroperasi.

Pemberhentian operasi itu disebabkan kejadian pencemaran air yang disyaki minyak memasuki Sungai Linggi di kawasan Jalan Pantai, Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu kenyataan berkata, LRA itu mula beroperasi pukul 1.30 tengahari tadi selepas kadar bacaan ujian bau semakin menurun sehingga dua ton pada pukul 4.30 pagi tadi.

"Pemberhentian operasi LRA itu telah memberi kesan gangguan bekalan air kepada seramai 37,000 pengguna di daerah Port Dickson dan sebahagian di daerah Seremban.

"Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) melaksana langkah kontigensi dengan menyediakan 12 tangki air statik di beberapa lokasi utama, menggunakan lori-lori tangki air milik SAINS untuk menghantar bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas dan mendapatkan lori tambahan daripada operator air yang lain bagi menambahkan penghantaran air ke kawasan terjejas," katanya.

Kerajaan negeri komited dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau organisasi yang didapati melakukan kesalahan mencemarkan sumber air mentah di Negeri Sembilan. 

Tindakan tegas akan dikenakan sama ada dalam bentuk kompaun, denda atau penjara selaras dengan perundangan bagi kesalahan itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI